Training Staff Compliance : Anti-Bribery & Corruption
20 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mac 2024 bersamaan hari selasa, Pengurus NADI telah mengikuti latihan yang diarahkan oleh pihak pengurusan yang bertajuk Compliance : Anti Bribery & Corruption. Taklimat ini dijalankan secara dalam talian menggunakan platform Microsoft Team yang disampaikan oleh Cantiynia Anak Ringos daripada pihak RedTone. Taklimat ini berlangsung selama dua jam bermula dari 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari melibatkan kakitangan NADI dan pihak RedTone sendiri.
Taklimat yang diberikan adalah berkisar kepada korupsi dan rasuah yang perlu dielakkan oleh semua kakitangan khususnya ketika sedang bekerja. Penyampaian yang disampaikan adalah sangat jelas dan menarik di samping kandungan pengisiannya yang amat padat. Pada akhir taklimat, setiap peserta yang telah mengikuti latihan berkenaan perlulah melengkapkan butiran kehadiran dan menjalani kuiz pembelajaran pada penghujung sesi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: